CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 23, 2010

Kenali Stevia




Nama Tempatan: Pokok Stevia, Pokok Gula
Nama Saintifik : Stevia rebaudiana
Kingdom : Plantae
Division : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Asterales
Famili : Asteraceae


Stevia yang berasal dari Paraguay merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesis herba dalam famili Astereacea (keluarga Bunga Matahari). Pokok ini ditemui oleh Dr. Moises Santiago Bertoni pada kurun ke 19. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika.


Tumbuhan herba yang mempunyai batang lembut, daun yang bujur, batang yang halus dan mengerutu.Ia juga mempunyai bunga kecil yang berwarna putih. Biasanya pokok ini akan dibiak melalui kaedah vegetatif iaitu mengunakan keratan batang kerana ia cepat dan mudah mengeluarkan akar. Pokok ini juga boleh dibiakan mengunakan biji benih, namun kadar peratusan biji benih untuk bercambah adalah rendah.


Stevia boleh digunakan menurunkan tekanan darah tinggi , mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. Selain daripada itu, Stevia boleh digunakan sebagai agen pengurangan pengambilan karbohidrat. Hal ini kerana, Stevia mengandungi bahan stevioside dan rebaudioside yang stabil pada suhu tinggi dan pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic.


Sejak 1500 tahun dahulu, Stevia digunakan oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sebagai pemanis semulajadi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay. Selain mereka mengunakan Stevia sebagai pemanis makanan, mereka mengunakan Stevia sebagai penawar atau ubat penurun darah tinggi, pelawas kencing dan merawat luka yang terbakar.