CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 26, 2010

Surat Memohon Kebenaran


p/s: Surat ini adalah rekaan semata-mata. Ia hanya untuk memenuhi silibus subjek TKP 2201 (komunikasi dalam pertanian)

Tuesday, September 21, 2010

Logo Syarikat Stevia Brother's Sdn Bhd



Lingkaran Daun:
Merujuk syarikat kami yang berusaha mempromosikan produk pertanian iaitu stevia
Bumi:
Syarikat kami berhasrat mempelopori pengusahaan dan pengeluaran produk stevia seluruh dunia & memasarkan produk kami seluruh pelosok dunia
Hati:
Ia menunjukkan kami dengan sepenuh hati dalam berusaha mengurangkan kadar dan peratusan penyakit diabetis

Tuesday, September 14, 2010

Salam Perkenalan

Kami

Mahasiswa Diploma Pertanian, Kolej RISDA Kampus Melaka dikehendaki menyiapkan tugasan yang berupakan Blog Jualan Produk dibawah subjek TKP 2201 (Prinsip Komunikasi dalam Pertanian) . Kami dibawah pengawasan Pensyarah kami, Cik Hanim Farhana binti Abdul Rahman.

Setiap mahasiswa dikehendaki membuat kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. Kumpulan kami ini terdiri daripada :
  1. Iskandar Aisar bin Ismail
  2. Muhd Farizul Fikhri bin Ab Wahab
  3. Mohamad Azzwan Niza bin Abu
  4. Mohd Halif bin Zulkafley
  5. Mohd Noor Hisham bin Md Yusoff

Sebagaimana yang anda boleh lihat, kami cuba mengetengahkan produk kesihatan yang berasaskan pertanian iaitu Daun Stevia. Disini kami cuba menghasilkan dan mempromosikan produk yang ada di pasaran yang berasaskan Daun Stevia.

P/S: Ini adalah Blog Pelajar Diploma Pertanian bagi mengetengahkan produk pertanian dan hanya pendedahan mahasiswa terhadap pemasaran produk pertanian.

Monday, August 23, 2010

Kenali Stevia




Nama Tempatan: Pokok Stevia, Pokok Gula
Nama Saintifik : Stevia rebaudiana
Kingdom : Plantae
Division : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Asterales
Famili : Asteraceae


Stevia yang berasal dari Paraguay merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesis herba dalam famili Astereacea (keluarga Bunga Matahari). Pokok ini ditemui oleh Dr. Moises Santiago Bertoni pada kurun ke 19. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika.


Tumbuhan herba yang mempunyai batang lembut, daun yang bujur, batang yang halus dan mengerutu.Ia juga mempunyai bunga kecil yang berwarna putih. Biasanya pokok ini akan dibiak melalui kaedah vegetatif iaitu mengunakan keratan batang kerana ia cepat dan mudah mengeluarkan akar. Pokok ini juga boleh dibiakan mengunakan biji benih, namun kadar peratusan biji benih untuk bercambah adalah rendah.


Stevia boleh digunakan menurunkan tekanan darah tinggi , mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. Selain daripada itu, Stevia boleh digunakan sebagai agen pengurangan pengambilan karbohidrat. Hal ini kerana, Stevia mengandungi bahan stevioside dan rebaudioside yang stabil pada suhu tinggi dan pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic.


Sejak 1500 tahun dahulu, Stevia digunakan oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sebagai pemanis semulajadi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay. Selain mereka mengunakan Stevia sebagai pemanis makanan, mereka mengunakan Stevia sebagai penawar atau ubat penurun darah tinggi, pelawas kencing dan merawat luka yang terbakar.